Kampung Orang Asli Donglai Baru, Semenyih Orang Asli di Selangor

Kampung lama Orang Asli ini telah ditenggelamkan demi pembinaan Empangan Semenyih pada tahun 1985. Empangan Semenyih dibina bagi menampung bekalan air bagi penduduk Lembah Kelang, walaupun kampung itu sendiri tidak mendapat bekalan air dari empangan tersebut. Kampung Orang Asli Donglai Baru ini mendapat bekalan air percuma dari empangan kecil yang dibina berhampiran dengan air terjun Sungai Tekala. Malangnya ada tidak penyelarasan untuk membaiki dan memantau empangan kecil dan paip air yang selalu tersumbat oleh daun-daun pokok.

Kampung ini menjadi projek anak angkat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Hulu Langat sejak 1991. Beberapa kali projek kesihatan dan bantuan makanan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan di sini dengan kerjasama Hospital Kajang.

  • Ketua kampung ialah Sani bin Sulong , anak kepada ketua kampung sebelum ini iaitu Encik Kilong.
  • Seorang ustaz yang pernah bertugas di sini ialah Ustaz ... yang tinggal di Kampung Pasir, Hulu Semenyih.
  • Balai raya disediakan .
  • Sekolah Rendah Orang Asli dengan 6 bilik darjah turut dibina tapi tidak digunakan lagi kerana muridnya sekejap ada dan sekejap tidak. Murid-murid ini hanya muncul pada waktu rehat iaitu ketika makanan percuma diedarkan. Kini, murid Orang Asli bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hulu Semenyih. Setiap tahun tidak sampai 10 orang yang menjejakkan kaki ke sekolah menengah . Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih.
  • Tanaman getah diselaraskan oleh RISDA bagi membaiki taraf hidup Orang Asli dan mengubah cara hidup daripada berburu kepada penoreh getah.
  • Durian , petai dan akar tongkat ali menjadi hasil jualan sesetengah daripada mereka.